![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() berkurun
kehidupan aku semakin baik
dari hari ke hari
bulan ke bulan
tahun ke tahun
sekian
- seorang yang belajar biologi di matrik, fizik di universiti dan pakar bidang bahasa apabila kerja-
kejayaan itu panjang. trust me. :(
=)nadia(= ![]() ![]() ![]()
mereka yang memandang aku mulia
tak pernah lihat aib aku
mereka yang menyangka aku kuat
tak pernah melihat air mata aku
mereka yang menganggap aku bahagia
tak pernah melihat calar dan luka dalam hati aku
mereka yang lihat aku sempurna
tak pernah mengetahui kekurangan diri aku
mereka yang lihat aku ketawa
tak pernah tahu kesedihan yang dipendam dalam hati aku
Jujur
dan Allah yang menyembunyikan itu semua dari pandangan semua
terkadang
tak semua hal orang perlu tahu
cukup
aku buat orang sekeliling aku bahagia dah cukup buat aku bahagia
walau hakikatnya sedang sakit. ditikam
kopi. heh
=)nadia(=
![]() ![]() ![]()
hai
da lama tak update.
rasanya setiap kali post akan ada perkataan "lamanya aku tak update"
alasan nadia. alasan.
takde idea.
biarla
kali ni aku nak taip tanpa padam. hah, saksikan bertapa banyak tersilap cakap dan tersadung kaki
okay
hurm
.
.
.
.
kejap
aku nak tulis ape
biasanya kalau tak kat depan lenovo ni aku ada banyak idea
tapi bila nak start
ahh
********************************************************************************
minggu lepas
eh salah
minggu ni
hah sekarang ni lah
lepas solat subuh tadi aku duduk depan laptop, dalam hati ni tak payah nak cakaplah. "hari ni aku nak study, mentang mentang semalam aku berjaya gunakan hari sepenuhnya untuk buat dua assignment, hah, hari ni study la"
banyak ni nak cover. nak study slide minggu minggu lepas lah, nak buat nota lah dan nak buat past year. wah.
okay, aku mulakan dengan bukak slide power plant, chapter 2, sampai ke slide ke empat, "apa susah ni?, banyak fakta, macam budak medic.". disebabkan jam pukul 7 pagi dan ditambah dengan subjek membaca, "ah, ni nanti aku bukak balik, time dah tengahari sikit"
sambung industrial engineering, ni kes nak buat past year, bukak past year. hah. try baru satu soalan, dah dapat. sambung pada soalan kedua. dah mereput. susah. okay. hurm. takpe. letak.
main game kejap. kejap aje.
eh, bukak youtube kejap la, tak salah pun kita nak dengar ceramah pagi pagi ni. laginya time internet tengah laju sebab hari cuti, mereka tidur atau berjimba kat luar.
hurm
hurm
hurm
sedar sedar, dari ceramah agama pergi kepada video mat luthfi, movie kampung mangkuk sengkuang
lagi sekali hurm
hurm
*********************************************************************************
sedarlah manusia yang masa kau tak banyak, cuma otak yang pandai putar belit dan disokong dengan jin syaitan dan iblis dan juga nafsu.
aku percaya, ramai sangat student spesis ni. takpe, aku salah satu antara korang. sila tabah
kita belajar ni cuba niatkan kerana Allah. kalau niat dan usaha betul, akan ada ganjaran dia. tapi, kalau kita duduk berdoa pagi petang siang malam mintak dean list, rasa rasa boleh dapat tanpa usaha? ni boleh dikategorikan seperti post di twitter, "aku lapar" dan rasa rasa ada dominos datang dari atas ketuk tingkap dan cakap "aku dah sampai" ?
usaha. memang senang ayat usaha ni. siapa siapa boleh cakap "hei, usaha lah, study study" tapi berapa ramai orang boleh?.
termasuk aku.
"sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga" - HR Muslim
********************************************************************************
3:30pm dan aku nak sambung study
rekaan semata dan tanpa ctr+z
=)nadia(=
![]() ![]() ![]() aku suka jalan. jalan kat blog blog laginya kalau tengah down macam ni hah ***************************************************************************** kita tahu. aku pun tahu berubah ni step by step tapi kita lupa syaitan punya stail nak sesatkan kita pun step by step dalam memburu solehah, ada kala dia lemah, dia tersalah langkah. dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar. dalam menggapai gelaran si musleh, syabab itu terjatuh. sangkanya itu tak mengapa. namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya. =)nadia(= ![]() ![]() ![]() bismillah rasa rasanya post yang latest tahun lepas kerja banyak. bergelen gelen. tapi rasa macam nak sorok dalam kotak. senyap. malas. nak hidup kat satu tempat. tempat yang bahagia. jauh dari ujian hidup, kerenah kau dan dia. cantik. ada sebuah rumah. besar. ada aku, ayah, mama, abang dan adik adik. bukak pintu jumpa jiran. semua sekata. takda hasad dengki. sayang macam keluarga sendiri. penuh. penuh dengan orang yang baik semua sekata. kat mana? Syurga. kat dunia? kau takkan pernah rasa. kat sana mungkin. itu pun kalau kau terus teguh. ************************************************************************ mungkin ini penangan final year project. "gerakkan machine guna android" jalan depan ada selekoh. harap tak jatuh. sampai la kau jadi manusia. =)nadia(= ![]() ![]() ![]() mr. hakim hah? siapa dia? buah hati? oh tidak. ********************************************************************************* mr. hakim atau amirul hakim bin asmuni adalah seorang abang tak tau kenapa entry kali ni tentang abang hakim. mungkin sebab dah lama tak jumpa atau dia terlupa nak bank in duit? oh ok ini gurau. tidak. dia yang aku agak respect sebab? dia yang aku rasa sangat hormat dengan mama.. taat.. tak termasuk dengan setiap hari call.. pagi petang siang malam.. semoga dia jadi lebih dari itu dan aku pun dapat jadi macamtu =) ******************************************************************************** jangan risau mr. hakim tak tau pn akan kewujudan blog ni dan itu mungkin boleh mengelakkan dia menjadi riak takbur dan sebagainya atas upacara pemujian ini.. ehh.. =)nadia(= ![]() ![]() ![]()
berhabuk
bersawang
eh.
*****************************************************************************
setelah mengambil wudu' lantas tangannya menggapai telekung yang digantung didinding.. menyarungkannya dan mengadap Illahi. usai itu bingkas dia mandi dan bersiap untuk ke kuliah.
sesampainya di kuliah, pensyarah itu ditunggu.. hampir lima ke sepuluh minit.. disambung dengan subjek lain.. hingga jam enam petang.. penat panas semua ada.. selesai tanggungjawab di bangunan itu dia menuju ke cafe.. bersama cik kiah, cik joyah dan cik pe'ah.. lapar katanya.. sampai dibilik dia bersiap.. apabila tiba maghrib, dia solat.. malam itu diluangkan dengan buku buku dan movie sekali sekala.. esoknya,, repeat semua keadaan diatas selama 365 hari dalam setahun buang cuti.. ******************************************************************************** ahh.. itu sahaja? apa beza aku kau dia? apa beza pahala kau pahala aku serta dia? sama? dalam tanpa kita sedar,, kita lakukan perkara yang sama.. perkara yang manusia normal lakukan.. tetapi adakah beratnya dacing pahala dosa aku sama dengan kau dan dia masa di padang masyar nanti? adakah kita akan duduk sit yang bersebelahan semasa di syurga nanti? kau 6B aku 6C.. manakala dia 6A single seat? sebab apa yang kita lakukan itu sama sepanjang setahun ! eh. eh, awak. nanti ! itu tak termasuk dengan dosa pahala yang dibuat antara 0 jam ke 24 jam.. tak termasuk dengan dosa pandangan mata awak.. itu ini tambah tolak bahagi bersamaan dengan eh sifar !.. senyum.. rileklah mati lambat lagi.. kain kafan tak beli lagi.. pt tak masuk lagi.. eh kalau sekarang Tuhan ambil nyawa.. kau peminjam barang Dia.. boleh kau elak? takk.. takkk.. takkkk.. ah. apalagi? bangun la. solat lah taubat, dhuha, tahajud semua disamping kau solat fardhu.. itu mungkin dapat membezakan pahala kau aku dan dia.. sebab tu ada syurga neraka.. ****************************************************************************** ok dah. tamat. hanya rekaan semata.. takde kena mengena antara masih hidup atau telah meninggalkan bumi.. =)nadia(= |