![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() salamunalaik,.. ;D khas untuk sahabat ana.. :) sahabat,..tidak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan puasa yg kali ini dijangkakan 1 Ramadhan 1432 H bersamaan dengan awal 0gos 2011..Ramadhan mempunyai banyak keutamaan, bulan dimana kitab Al-Quran diturunkan & dibukanya pintu2 syurga serta ditutupnya pintu neraka..bulan diturunkannya malam lailatul qadar iaitu malam dibulan ramadhan, amalan setiap hamba akan dilipat gandakan pahalanya oleh Allah SWT .. sebagaimana Rasulullah bersabda : "Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu." (Shahih Muslim).sebelum menjalankan ibadah puasa, sebaiknya kita mempersiapkan diri dengan menjauhi perbuatan yg sia2 apalagi amalan buruk yg mendatangkan dosa agar nanti jika Ramadhan tiba kita sudah benar2 siap menjalankan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya..agar nantinya kita berpuasa semata-mata hanya mengharapkan redha Allah SWT agar diampuni dosa2 kita sebagaimana Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mencari keredhaan Allah, maka diampunilah dosa2nya yg telah lalu." (Riwayat Shahih Bukhori).berkaitan doa menyambut datangnya bulan puasa Ramadhan, Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan menjawab bahawa tidak ada doa khusus dari Nabi Muhammad s.a.w. berkaitan dengan menyambut datangnya bulan Ramadhan..yang ada ialah doa datangnya bulan baru samaada bulan Ramadhan mahupun bulan2 yg lain..Rasulullah berdoa : "ya Allah, terbitkanlah (dan tampakkanlah) hilal kepada kami (diiring) dengan keberkatan dan keimanan serta keselamatan dan keislaman, (jadikanlah dia) sebagai hilal kebaikan dan petunjuk, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah." (Riwayat At-Tarmizi (9/142)tapi,..jika kita berdoa kepada Allah SWT agar Allah membantu memberi kekuatan ketika menjalankan amalan puasa di bulan Ramadhan dan kemudian menerima amalan puasa tersebut, maka hal itu tidak ditegah.. semoga Ramadhan kali ini dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita terhadap Allah..simpan & sematkan dalam hati kita untuk berubah & menjadi lebih baik lagi supaya usia remaja kita ini tidak digunakan dengan sia-sia..jadilah remaja yang berkualiti bukannya hanya berlagak seperti orang dewasa yang berfikiran seperti kanak-kanak..remaja sepatutnya semakin bijak menilai & bukannya terus melayan dunia remajanya..jangan buang masa,.tenaga,.duit,... :) cuba bandingkan remaja Islam kat Malaysia dengan remaja kat Palestin..cuba pula bandingkan remaja Islam di Malaysia dengan banduan Islam dari penjara Guantanamo..lagi lah jauh.. umpama pluto dengan matahari.. :) ana ingatkan untuk sahabat2 ana dan diri ana juga ..semoga menjadi lebih baik dari detik demi detik yang berlalu dalam hidup anda.. sumber : majalah i (julai 2011) (ms 34) |