![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() menipu??.. pernahkah menipu?? tapi merasakan ia jalan terbaik??? jangan!!jangan!! kerana ia boleh membawa kepada seribu fitnah,, seribu salah faham .. d0sa yang kecil jangan dibesar-besarkan.. jangan menambah beban untuk diri seniri.. ini hukum menipu yang ana baca daripada seorang ustaz yang menjawab soalan seorang muslimin yang bertanya kepadanya tentang hukum dalam menipu.. Menipu hukumnya bergantung kepada sebab dan akibat dari perbuatan kita bercakap benar atau menipu Menipu untuk selamatkan nyawa wajib menipu kerana ingin mendamaikan 2 oran yang bermusuhan adalah dituntut Jika tiada sebab yang munasabah hukumnya haram Besar dosa bergantung kepada kesan atau akibat buruk yang berlaku disebabkan penipuan itu Seeloknya sentiasa lah bercakap benar Sekali kita menipu, bila terdedah orang tidak akan percaya lagi.. jangan menipu diri sendiri, sahabat, pasangan .. elakkan ia daripada terjadi.. >_< Gerak langkahmu memikat hati, Lirik senyummu manis sekali, Namun ini aku menyedari, Ia adalah ranjau berduri. Senyumanmu itu racun berbisa, Mengugat naluri menggoda jiwa, Walau rupamu amat menawan, Namun ku tetap pilih yang beriman. Ranjau Menawan - NowSeeHeart Dahulu muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin, anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang, muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'. Ketahuilah wahai muslimin, Kami memagari diri kami, Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu, Kami mengeraskan kelembutan kami, Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu, Kami lari dari fitrah azali kami, Agar tidak terganggu imanmu, Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami? Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing. Agar gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. Sekiranya kamu sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat yang binasa. Na'uzubilahi min zalik! Apabila kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga 'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?. Kami sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang 'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya muslimin itu sendiri menghantar mesej, 'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'. Atau mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan ilmu kepalsuan. "Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak jangan su'uzhon", "Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni terlalu formal kita biasa-biasa je " Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari? Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu, Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami. Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? Di depan semua orang, ikhtilat, aurat, ibadah semua dijaga, Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna. Ketahulah wahai muslimin, Kita memerlukan kekuatan satu sama lain, Dalam memangkin perjuangan ini, Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman, Ia akan memberi kesan kepada keduanya. ketahuilah wahai muslimin kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah, Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah, kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga, Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu, Dan kamu selayaknya untuk kami. Muslimat- perempuan Muslimin- lelaki Ikhtilat - perhubungan lelaki dan perempuan su'uzhon- bersangka buruk |