![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]()
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.” :)nadia(: ![]() ![]() ![]() Wahai sahabatku kau pernah luahan kata penat letih putus asa di dalam perjuangan.. mengapa seorang pejuang mesti mudah patah semangat! bangkitlah, bangun daripada sikap seperti itu jadilah insan kuat semangat jangan mudah tergoda nikmat dunia dan hasutan syaitan durjana Sahabatku kita sudah bersama-sama didalam perjuangan yang suci ku tahu ini bukan sikap mu yang pernah aku kenali kerna dirimu kuat semangat berjuang lupakan segala dugaan kecil yang selalu menemanimu sesungguhnya hanya sekadar singgahan seketika Wahai Sahabatku andai dirimu masih tiada kekuatan berdoalah kepada Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihi semoga dirimu terus berpaut tali Allah Jangan kau lepaskan.. Wahai Sahabat.. =D ![]() ![]() ![]() cerita bermula masa ana keluar dari rumah untuk ke deretan kedai yang terletak bersebelahan. jam dah pukul 10.00 pagi.. (time untuk cari bahan basah untuk masak tengahari!). sepaket bebola ikan diambil,, then, ambil sayur kacang bendi .. tumis 2 bahan ni p0n ok jugak.. =) tak perasan ade seorang warga tua disebelah.. tapi,, dia berbangsa cina, umur dalam 70-an, tak pakai selipar, berseluar pendek.. mesti sakit kaki dia berjalan tanpa selipar & bersalut panas terik matahari.. kesianlaa,, mane anaknya??! teringat masa ana nak bayar barang.. dia pun ada disebelah.. dia nak bayar 2 bungkus roti.. tapi dia cuma ada rm1 je.. x cukup.. maybe harga 2 bungkus roti tu dalam rm1.80 .. then, ana nampak cashier tu cume letak 1 bungkus roti je dalam plastik.. 1 bungkus lagi dia sorokkan letak tepi sebab cashier tu tahu yang apek tu x cukup duit.. huhu =.=' tapi ana tak tolong bayar time tu.. SEBAB,, terpaku tengok dia.. cara dia.. percakapan dia lemah.. dia nampak takut.. seolah-olah ada buat salah.. lepas bayar,, terus dia pergi.. x sempat nak tolong! lepastu terserempak lagi dengan dia di kedai yang berlainan.. dia terlihat ana,, tangannya yang tadi hendak mengambil sebiji timun disorokkan semula ke belakang badannya.. dia cuba mencuri??.. atau sebab dia lapar sangat?? apabila sampai di rumah,, ana cerita kisah tadi kepada ibu.. ibu kata,, " lelaki tu memang kadang-kadang ada mundar-mandir kat kawasan tu.. maybe dia ada anak & tinggal berdekatan sini jugak dengan anak dia.. mungkin dia boring duduk rumah.. itu yang dia keluar bila dia rasa lapar.. tapi, bila petang & malam dia xde.. maksudnya mestilah dia ada rumah.. kalau tidak,, mestilah orang ramai ada ternampak dia tidur dimana-mana.. kadang-kadang perasaan warga tua ni lain.. dia banyak lupa,, dia nyanyuk.. itu yang pernah ada seorang warga emas sesat untuk pulang ke rumah bila pada awalnya hanya keluar dengan niat ingin berjalan-jalan.."tapi,, itu andaian ibu.. manusia tak tahu apa sebenarnya yang terjadi.. yang tahu hanya Allah.. mungkin lepas ni boleh tolong dia lagi kalau terserempak.. =) tapi,, dah 2 minggu rasanya tak nampak dia di deretan kedai itu.. semoga Allah menolongnya walaupun agamanya bukan ISLAM.. dan semoga 1 hari nanti hatinya serta ank cucunya terbuka untuk menerima ISLAM.. ISLAM yang bukan sekadar nama.. ISLAM yang bukan berbuat dosa dengan mendapat ganjaran wang ringgit.. ataupun program realiti yang melahirkan jutawan yang miskin akan ajaran ISLAM.. renung-renungkan dan selamat beramal... ;) |