![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() alhamdulillah ya Allah.. aku dapat lebih dekat kepadaMu.. lebih kerap memegang cintaMu.. mana mungkin aku mampu memegang cinta hambaMu tanpa kebenaranMu?? aku serahkan segalanya kepadaMu.. walau apa pun yang terjadi.. segalanya hanya untukMu Ya Allah.. terima kasih ya Allah.. aku percaya.. cinta aku dan Engkau Ya Allah tak akan pernah terputus.. dan apa yang penting,, aku telah berubah.. aku akan menjadi seorang hamba Allah yang tidak goyah iman dengan permainan.. =)nadia(= ![]() ![]() ![]() ya Allah, apalah nak jadi ni? buku Foundations of Materials Sciences and Engineering ni dari tadi dah terbuka di depan mata atas meja.. Tak termasuk lagi buku Statistik, Dynamics, Lab report Mechanical lab, Assignment Computer programming.. Yang dah lama beratur di sudut meja ni.. ""cepatlah nadia baca aku ni hah.. Apalah yang k0 buat daripada tadi hah??.. Berangan ea?? Tengok member sebelah k0 tu hah, steady je bace Circuit Analysis?? Digital Electronics??.. Padan muka ko.. ambik Pure Mechanical Engineering kan?? Hah! Rasakan! bla..bla..bla......................"".. Errrr..... Isi kandungannya macam tak boleh diserap.. Akal melencong ke tempat lain.. Tak tahu apa sebenarnya yang difikirkan.. Tapi, rasa macam serba tidak kena.. Di mana silapnya.. ya Allah.. Ana bangun & tingkap dibuka seluas-luasnya.. Cantiknya langit, gelap, sejuknya angin pantai.. SubhanaAllah, indah ciptaan-Nya.. Dari tingkap tersebut ternampak blok-blok asrama puteri yang lain.. Ada yang tengah duduk di meja belajar.. Mungkin tengah study, facebo0k, twitter dan mungkin juga tengah study tapi tak masuk macam ana ni.. Ada juga yang tengah duduk berkumpulan sambil gelak-gelak, makan-makan, berbual.. Di satu sudut koridor pula ada yang tengah menelefon seseorang.. Agak lama.. Sambil dipintil-pintil rambutnya.. Eh, gugur nanti kang.. dah2.. ........... Bila pandang jalan raya, banyaknya kereta.. Mesti ramai pelajar yang keluar malam ni.. hurm.. Lepas ana lihat semua ini.. Alhamdulillah, ana masih selamat.. Masih ada yang menjaga diri ini iaitu Allah.. Tapi mereka ? Tentulah mereka pun dijaga oleh Allah.. Kita semua diperhatikan oleh-Nya.. Blok-blok asrama yang banyak ini sebagai tempat perkumpulan manusia.. Di tempat perkumpulan manusia inilah tempat banyaknya ujian.. Jika lemah iman, jatuhlah jasad.. Jika kuat iman, bangkitlah ia.. Disinilah tempat berjihad.. Jihad dalam menuntut ilmu, jihad melawan hawa nafsu.. Tetapi, bila waktu sedang marah dengan orang,, pernahkah kita bandingkan perangai orang itu dengan diri sendiri?.. Pernah terfikir begini?.. "kan bagus kalau semua orang di dunia ini perangai seperti aku? baik seperti aku? sependapat seperti aku? susahnya nak faham manusia.. tentu dunia ini aman!".. Iye.. Ana pernah terfikir begini.. Tapi, mustahillah boleh seragamkan perangai manusia dalam satu dunia.. Sedangkan mahu seragamkan pemilihan PARTI POLITIK dalam sebuah negara pun susah.. Tahap keimanan seseorang hamba itu adalah berlainan.. Ada yang tinggi, sangat tinggi dan ada juga yang rendah.. Jadi, bersainglah untuk menjadi yang terbaik dihadapan-Nya dan saling melengkapi antara satu sama lain.. kerana kelebihan anda mungkin kelemahan dia.. dan kelemahan anda mungkin kelebihan dia.. Dan apa yang pasti nanti.. Setelah kita keluar dari tempat perkumpulan ini.. Ujian tetap ada.. Selagi bergelar manusia, ia akan diuji.. Mungkin akan diuji dengan dugaan yang lebih hebat.. Walau seberat mana dugaan itu menyelinap masuk dan hingga penat menangis kerana ujian itu , ingatlah ia dari Allah.. Bukannya sengaja Allah berbuat demikian.. Mungkin sekarang kita tidak tahu apa hikmah disebaliknya.. Tetapi, pada suatu hari, kita akan bersyukur dan tersenyum kerana perkara itu terjadi.. percayalah.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. Cuba bayangkan anda baru membeli sebuah telefon bimbit Nokia yang baru punya.. Apa yang akan disertakan dalam beg plastik itu?.. Tentunya buku panduan kan?.. Buku panduan itu untuk apa?.. Untuk kita baca dan fahami cara penggunaannya.. Sebagai tuan punya telefon bimbit Nokia yang baru tu, mestilah kita harus tahu bagaimana untuk menggunakan telefon itu kan?.. Begitu juga Allah.. Sebagai tuan kepada anda.. Allah tahu apa yang terbaik untuk anda.. Allah lebih mengetahui tentang diri kamu yang tengah khusyuk membaca ini.. Lebih dari diri kamu sendiri tau ! .. >.< Tidak perlu salahkan diri sendiri atau orang lain jika anda ditimpa masalah.. Tidak perlu bermusuhan dan dendam dengan mereka yang menyebabkan anda tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah, berjalan tak jejak bumi, belajar tak masuk.. Bukan salah mereka.. Jangan sebarkan fitnah tentang mereka.. Sekali lagi,, bukan salah anda.. bukan salah dia.. bukan salah mereka.. Kemudian, cuba tanya Allah.. dan berserah kepadanya.. Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.. disamping itu, banyakkanlah berdoa.. Allah sebenarnya rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya.. Sabarlah hati.. Tenanglah.. Mungkin orang lain tak faham, tetapi Allah faham.. =) Pasti pelangi yang dinanti akan muncul selepas hujan yang lebat.. =) :)Nadia(: |