![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() salamunalaik... ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ antara nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada muslimat seluruhnya.. Pendapat menurut Syeikh Ali Tantawi.. wahai puteriku, pintu pemulihan (cara mencegah) ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika Engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu hati untuk masuk. Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala. Seandainya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri dari dicuri (sesuatu yang berharga darimu). Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu, iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala. Wahai puteriku, Demi Allah! apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya tanpa sebarang pakaian. Demi Allah! jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab, apabila berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mecintaimu hanyalah sebagai teman akrab. Bohong! Bohong! Demi Allah dia berbohong, seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri. Wahai puteriku, lelaki yang baik dan soleh akan datang, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, dia akan datang meminang dan mengahwinimu.. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Tujuan ana menge'p0st' pendapat daripada Syeikh Ali Tantawi ini bukan untuk menghina atau memuji sesuatu pihak samaada lelaki atau perempuan.. ia sekadar ilmu yang perlu diingatkan.. tiada sesuatu yang paling terbaik dimuka bumi ini melainkan Allah s.a.w. .. hanya dia yang Maha Mengetahui siapa dikalangan hambaNya yang bertakwa dan setia kepadaNya.. :)nadia(: |