![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() Tarikh 12 September 2012 pada jam 7.30 pagi dah bersiap dengan diana untuk ke kelas 'Electrical & Electronic' dengan harapan sampai awal ke kelas dan tak kena kunci dari luar.. Perkara mengunci bilik kuliah atau bilik tutorial dah biasa dilakukan oleh pensyarah-pensyarah disini terutamanya DR.M__ bagi memberi peringatan kepada pelajar supaya tidak datang lewat.. Katanya adalah untuk melahirkan engineer yang tepati masa dan tidak menghantar tender lewat yang boleh menyebabkan syarikat mengalami kerugian berbillion-billion ringgit.. ye ke? =.='' " X payah la awak semua berangan nak dapat A dalam subjek 'Electrical & Electronic' ni, semester lepas pun, yang paling tinggi dapat gred B sahaja.. Subjek ni susah sangat, saya tak tahulah awak mampu fikir sampai ke tahap ekstrem tak.. Engineer kena banyak berfikir, bukan banyak menghafal, nanti awak dah kerja, banyak masalah awak kena selesaikan, fikiran tu biar kreatif. " - Dr. M__ Erkkkk,,, itu lah ayat Dr. pagi tadi semasa beri introduction tentang subjek 'Electrical & Electronic' yang wajib diambil oleh semua pelajar mechanical engineering (pure).. Stress? haha,, bukannya itu sahaja, masa masuk kelas awal pagi tadi, satu kelas untuk subjek ni 30 lebih pelajar, 2 orang daripadanya perempuan dan selebihnya lelaki.. adoyaiii... dah memang lumrah alam semula jadi lelaki adalah lebih ramai disini mungkin sebab mereka ada 9 akal.. "Buku yang awak boleh rujuk adalah segala bentuk buku yang ada kaitan dengan buku electrical engineering, yang tebal-tebal di library." - Dr. M__ Pernah terfikir? kenapa student perlu belajar dengan buku yang tebal-tebal? masa kerja nanti, bila Legoland runtuh, sempat ke nak belek-belek buku dari sem1 sampai sem 8? dan cakap pada b0s,, nadia : " sekejap ye Tuan, mengikut buku yang saya baca daripada Ferdinand P.Beer, fifth edition in SI units, Mechanics of Materials ni menunjukkan bahawa ................ " bos : "errrrkkk,,,, lagi??,, awak ingat saya faham lah?? =.= .." Tak2.... buku-buku ni semua sebenarnya sebagai basic sahaja.. Jangan pernah bosan belajar dan hidup ni macam eksperimen kan.. kadang-kadang apa yang kita rancang tidak akan menjadi.. Jangan terlalu mengharap kepada sesuatu yang lebih baik, kerana Allah akan berikan apa yang kita perlukan sahaja.. =) Tak siapa tahu apa akan terjadi pada hari akan datang kerana sekarang ni anda sedang melalui procedure yang telah disusun Allah.. Sampai lah satu masa anda akan lihat sendiri resultnya. Kemudian lakukan discussion (lihat semula dimana salah dan betulnya) dan anda akan dapat conclusionnya.. ******************* akhir kata, semoga berjaya kepada Fara Ibrahim yang bercita-cita nak jadi engineer kt syarikat TOYOTA yang katanya nak cipta kereta tanpa kunci dan hanya guna cap jari sahaja sebab dia selalu tertinggal kunci bilik... hahaha =P =)Nadia(= |