![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() "Nurul, ingat lagi tak dulu? kita sekeluarga selalu pergi jalan-jalan, walaupun dekat kita pergi sama-sama, dan sekarang kita pergi hospital pun sama-sama, Dulu mama selalu masakkan Nurul sarapan, makanan tengahari & malam, tapi sekarang bila akak balik, akak yang masakkan untuk Nurul, kalau akak dekat u, ayah yang masakkan, walaupun tak sesedap mama masak, tapi Nurul jangan sedih ye." - ana(akak) "Nurul sedih la jugak, tapi ustaz cakap, tak baik kalau kita ingat balik kesenangan dulu, itu umpama tak bersyukur." - nurul (bila si kecil dah berkata-kata) Lalu tv dihadapan itu dibuka dan menyiarkan rancangan 'Sentuhan Kalbu' dan ustazah yang memberi ceramah tersebut menceritakan perihal kesabaran Nabi Ayub a.s , " Teringat zaman Nabi Ayub a.s dulu, dia telah mendapat kesenangan selama 80 tahun di dunia dan dikurniakan anak lelaki yang ramai dan soleh. Syaitan berasa tidak puas hati dengannya dan meminta kebenaran Allah untuk mengganggunya dan ia telah diizinkan Allah. Bermula daripada kekayaan dunia seperti nikmat tanaman yang melimpah ruah kemudian syaitan menghancurkannya, namun Nabi Ayub a.s redha akannya. Kemudian diikuti dengan kehilangan anak-anaknya yang digoncangkan rumah mereka oleh syaitan dan menyebabkan mereka terbunuh, namun Nabi Ayub a.s redha akannya. Lalu syaitan mengganggu lagi dengan memukul tubuh Nabi Ayub a.s dari kepala hingga ke kakinya dan menyebabkan Nabi Ayub dihinggapi penyakit kulit, namun Nabi Ayub a.s redha akannya. Setelah itu, syaitan menggoda isteri Nabi Ayub a.s, lalu isterinya berkata kepada Nabi Ayub a.s, " Sampai bila Allah s.w.t menyiksamu? Di mana kejayaan dan kemuliaanmu dahulu?" mendengar kata isterinya itu, Nabi Ayub a.s menjawab, "Sungguh engkau telah dikuasai oleh syaitan. Mengapa engkau menangisi kemuliaan yang telah berlalu dan anak yang telah mati?" isterinya berkata "Mengapa engkau tidak berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan ujian darimu dan menyembuhkanmu serta menghilangkan kesedihanmu?" Nabi Ayub a.s berkata, "Berapa lama kita merasakan kebahagiaan?" isterinya menjawab, "Lapan tahun." Nabi Ayub a.s berkata, "Berapa lama kita mendapat penderitaan?" isterinya menjawab, "Tujuh tahun." Nabi Ayub a.s berkata, "Aku malu jika aku meminta agar Allah s.w.t melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa kebahagiaanku. Sungguh imanmu tampak melemah dan keputusan Allah s.w.t membuat hatimu menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan kembali kepada kekuatanku, nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali pukulan dari tongkat. Sejak hari ini, aku tidak memakan dari makananmu dan minumanmu atau memerintahkanmu untuk melakukan suatu urusan. Maka pergila kau dariku." setelah itu pergilalah isterinya dari sisinya, namun Nabi Ayub a.s redha akannya. Lalu Nabi Ayub a.s berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakitnya dan Allah telah memakbulkan doanya. " selepas mendengar kisah Nabi Ayub a.s ini, terasa seperti ada sesuatu yang terkena pada diri sendiri, sabarnya Nabi Ayub a.s jika dibandingkan dengan umat kini. semoga semua kenangan manis kami sekeluarga dahulu akan berulang kembali dan kami kembali bersatu kerana tidak lengkap bila satu diantara kami tidak hadir, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. aminnnn.. ************************************* ada seorang rakan ana bertanya kepada ana, "Nadia, selama ni kalau kita gembira kita senyum sama-sama, kita gelak sama-sama, hingar bila kita ketawa sama-sama. Tapi kalau kau ada masalah, kau memang tak cerita kat orang ea?, kau tak pernah nak cerita masalah, kau tanggung sendiri, kau nangis sendiri, apa yang tak kena?" ana menjawab, "Allah, aku hanya menjawab apabila ditanya dan jika sesuatu itu aku boleh hadap, aku akan cuba hadap sendiri sebelum berkongsi dengan orang lain untuk menghadap dengannya." =)nadia(= |