![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() setiap manusia pernah terasa.. tipulah kalau tidak.. paling lazimnya pun adalah terasa hati dengan teman-teman.. bagaimanakah ia berlaku? pernahkah anda perhatikan cara teguran mereka?.. adakah teguran itu adalah untuk menasihati mahupun berbaur unsur sinis dan sindiran.. mesti pernah rasa kan?.. saya sendiri tidak terlepas daripada disindir oleh rakan-rakan.. bukan sekali ataupun dua.. mungkin sudah berpuluh kali.. apa yang saya lakukan hanyalah berdiam diri.. sindiran ataupun dalam hal kata lain perli mungkin?.. ataupun dalam kata yang lebih lembut digelar " gurauan manja versi kasar " ? contoh sindiran (dalam kalangan pelajar) : ""untunglaa dah study 24 jam pagi petang siang malam..."" ataupun ""untunglaa ada tu, ada ni, buat tu, buat ni.."" dalam hati : ""apa salah aku????"" hahahahahahahahh! dengar seperti gurauan biasa ala-ala cap ayam kan? tidakkah mereka fikir akan perasaan orang lain terutamanya daripada golongan yang mudah terasa hati?.. daripada hadis riwayat al-Hakim, ""sebaik-baik sahabat ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."" sindiran itu sangatlah tajam yang boleh meresap menusuk ke dasar qalbu serta mengusik jiwa manusia.. perbuatan sindiran inilah yang mengakibatkan kepincangan dalam sesuatu hubungan yang telah lama terbina. buanglah sifat menyalahkan orang lain atau mencari aib orang lain.. mari bersama-sama mengubah diri.. sempena diakhir tahun 2012 mungkin?? tidakkah mereka sayang pada pahala yang mereka kumpul?.. jangan marah atau tidak puas hati tanpa alasan.. kerana semua tinta yang menulis sarat dengan seribu satu alasan.. selesai.. =)nadia(= ![]() ![]() ![]() Bismilahirrahmanirrahim.... tercoret tinta ini sebenarnya untuk memadahkan rahsia qalbu.. hati manusia? tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa apa-apa makna dan nilai.. kepada yang Haq juga ia berbicara.. bukannya mengeluh atas dasar ujian yang diberi.. hanya melagukan bicara yang terkadang tidak akan difahami.. bicara pada hamba Allah seperti anda yang tidak mengundang resah dan kerana itu ia tercoret disini.. cerita ini bermula kerana hal ini.. dah 10 bulan berlalu,, dah lama rasanya tak dengar suara dia dengan nada riang, gembira.. senyuman.. apatah lagi ketawa.. Allah yang menentukan.. saya dan dia begini.. dia sempurna pada saya.. rindu rasa nak balik ke masa lalu, saat telefon berdering.. terpampang nama panggilan dia di skrin, kemudian dijawab dengan gembira.. saat hati resah dengan masalah, dia cuba membantu.. menenangkan barangkali.. mungkin dengan bercakap sebentar di telefon dapat melupakan apa yang sedang berlaku.. dengan gurauan dan sedikit nasihat darinya dapat menyelesaikan masalah.. dia? tak pernah sama dengan yang lain.. segalanya berubah dengan sekelip mata.. kata Allah, siapa boleh halang.. Allah selalu adil.. Allah tarik satu nikmat daripada kami, mulanya kami kecewa.. tapi akhirnya... untuk apa? mungkin untuk membuat diri ini lebih menghargai sesuatu.. adakah masalah akan selesai dengan tangisan? kami bangkit tapi terasa sukar.. kami ikut kata hati.. semuanya akan menjadi mudah bila berpaut dan bergantung kepadaNya semata-mata.. sejak dari hari itu,, kami mulakan hidup baru.. dengan harapan peristiwa dulu dapat berulang.. ************************************************** kini nada itu tidak sama.. masih berharap supaya satu masa nanti suara itu dengan nada riang itu akan berulang.. tiada lagi rasa kecewa.. ini adalah ujian daripada Allah.. sabarlah.. jika ujian dibangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melalui ujian tersebut.. namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang.. datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan.. demikianlah didikan Allah.. memanusiakan seorang manusia!
semoga dia selalu kuat.. untuk kami dan untuk keluarga..
kepada yang tertanya-tanya.. tidak perlu difikirkan sangat.. ini hanya coretan qalbu yang kadang kala mendesak ingin dikeluarkan juga sehinggakan tidak tahu arah apa yang ditulis disaat hati menyimpan seribu satu masalah yang salah satunya mendesak untuk dikeluarkan.. ini bukan keluhan.. hanya perlukan kekuatan yang terkadang turun naik.. nanges... >.< =)nadia(= ![]() ![]() ![]() facebook yang dilogin sebentar tadi ditinggalkan, buku yang dibuka sebentar tadi ditutup.. azan maghrib itu jelas didengarkan dari bilik kami.. satu-satu anggota wudu' dibasuh sempurna.. dua sejadah dibentang antara dua katil itu.. kami berjemaah.. selesai solat itu, dia membuka alquran, aku menghimpit kesebelahnya untuk turut sama dalam membaca.. "dua orang kongsi satu al-quran,, itu nampak comel.. kan??" terukir senyuman dibibir kami ketika itu.. untung bila ada roommate yang turut sama berjuang kerana Allah.. semoga persahabatan kami kekal ke negara yang satu lagi itu iaitu Jannah.. ********************************* ketika hati telah tiada keseronokan dalam beribadah,, mohonlah kepada Allah untuk diberikan hati yang baru,, mungkin kerana hati yang dulu telah berbeza warna dengan hati yang suci. =)nadia(= ![]() ![]() ![]() apa kata harini kita tulis yang ala-ala biasa2 cap ayam... ayam? belanda kah turki?? ********************* "tadi aku nampak dia kat cafe, muka budak baik, betul, dia hensem. kalaulah....." - Lela "hei Aspalela, dah2 la tu, jauh berangan.. assignment tu belum siap lagikan, hah, ni hah, aku nak cakap, petang nanti ada perjumpaan ahli-ahli usrah aku kat masjid tu hah, engkau nak ikut tak? aku kena uruskan adik-adik usrah aku tu, mana tahu, engkau nak tengok-tengok ke, sekarang engkau ikut je la, entah-entah nanti hati engkau boleh terbuka nak join kiteorang ke?" - Kamilia "what? usrah? ohhhh, dia ada sekali tak??" - Lela "siapa dia??" - Kamilia "dia yang aku nampak kat cafe tadi la." - Lela "ohh, kalau ada?" - Kamilia "kalau ada, aku ikut, kalau takde, aku..... hmmmmm.... aku ada nak buat report petang ni.. sorilah." - Lela "hoii! da kenapa dengan engkau ni?? disebabkan aku perempuan, adik usrah aku pun perempuan la, mane ade si dia tu....... adush." - Kamilia "engkau ni pun, janganlah garang sangat >.< " - Lela ******************************* petang itu,, sunyi,, akhirnya jatuh juga Lela ke atas ajakan Kamilia.. Tepat pukul lima petang mereka bergerak ke masjid.. dinding masjid itu menjadi saksi perjumpaan bulatan gembira kamilia, 'Thabat', dipilih menjadi topik perbincangan. "what is Thabat? sejenis babat mungkin," (desis hati Lela) "secara ringkasnya, thabat (teguh) untuk lebih mudah difahami dalam bahasa kita, istiqamah. Meskipun, istiqamah lebih membawa kepada pengertian melakukan sesuatu secara berterusan walaupun sedikit-sedikit. Thabat mengikut pemahaman saya, berpegang teguh di atas jalanNya dalam melakukan tugas mujahid, meskipun jalannya panjang dan terdapat banyak halangan, namun matlamatnya adalah kemenangan atau mati syahid ................. " semakin sayup suara itu didengar dan lama kelamaan hilang dek hujan yang tiba-tiba turun. *********************************** "hoi!!" - kamilia tiba-tiba seperti ada kapal terbang yang tersalah landing di bahu sebelah kanan Lela, tak kena tempat betul! "sakitlaa!" - Lela "esok, minggu depan, tak payah ikut aku. lain kali tidur tempatnya dibilik." - kamilia *********************************** petang itu difikirkan Lela berulang kali, ye! berulang-ulang kali.. kertas kajang yang selalunya ditulis untuk menghantar assignment dikeluarkan, diletakkan atas meja.. beberapa kali pensel ditangan diputarkan diantara jari telunjuk dan tengah.. keadaan seperti memikirkan sesuatu idea yang tidak akan keluar.. lalu ditulis diatas surat itu... "Kamilia, aku mintak maaf atas apa yang berlaku, aku tak sengaja tertidur tadi, mungkin terlalu sejuk dek angin pantai yang tempias kepada aku, tapi percaya lah, aku insan lemah, aku mula kenal bulatan gembira sejak duduk sebilik dengan engkau, aku mula tahu makan dalam talam pun sejak duduk sebilik dengan engkau. engkau yang banyak mengajar aku untuk lebih dekat dengan cara hidup agama kita ni. aku insan lemah yang sedang bertatih untuk mengalami perubahan. btw, seronok perbincangan kita tadi, tentang apa? labat? habat? hah, macamtu la. thanks." "hei bukan labat plus habat la, tapi thabat. hahahahahhahaha" - kamilia berdekah mereka apabila kamilia selesai membaca surat layang yang diletak atas mejanya itu. *************************** ori by =)nadia(= ![]() ![]() ![]() tettt... tettt... cepat-cepat Lia menerkam telefon bimbitnya. 1 mesej diterima, " ana ikhlas nak jadikan Lia isteri ana, betul ana tak tipu, niat ana ni nak memperisterikan Lia. ana harap Lia tak kecewakan niat ana. -adam " tergamam Lia membacanya. Lalu dibalas, " kalau ada jodoh tak kemana dan sekiranya adam suami ana pada masa hadapan, ye, ana terima. =) -Lia " ringkas mesej itu dibalas, adam? ye adam. kawan sekuliah Lia di sebuah universiti tempatan. ****************** sebulan berlalu.... ****************** hari-hari yang berlalu terasa indah bagi seorang gadis 20 tahun yang bernama Lia apabila ada seorang lelaki yang berjaya mengetuk tingkap/jendela/pintu/dan sebagainya hatinya. kakak naqibah Lia (kak wani) perasan tentang perubahan yang berlaku kepada anak buahnya, apatah lagi Lia pernah bercerita tentang adam kepadanya. Mungkin bukan sahaja memuji, tetapi beberapa kali bertanya pendapat tentang adam kepada kak wani. ok kah dia? sesuai kah dia? sejak bertemankan adam sebagai pilihan hati, ye, Lia menjadi semakin pandai menutup aurat, kalau dulu tudung bidang 55, sekarang dah bidang 60. kalau dulu lepas solat subuh gerenti tidur 5 minit, tapi sekarang tak tidur berjam-jam. kalau dulu solat maghrib masuk waktu pukul 7.07 malam, 7.11 malam baru solat, tapi sekarang tepat 7.00 malam dah sedia dengan pakai telekung segala. ****************** tatkala rakan-rakan serumahnya sedang enak dibaluti mimpi, telefon Lia berdering, nama -adam- terpampang di skrin telefon samsung galaxy W miliknya, lalu diangkatnya.. Lia : "Assalamualaikum" (dengan nada baru bangun tidur, tapi sempat di 'cover'.) Adam : "Waalaikumusalam Lia, maaf, ana call sebenarnya nak kejutkan Lia bangun solat tahajjud. Lia : "oh, alhamdulillah, syukran, terima kasih kerana kejutkan ana. marilah kita sama-sama menunaikan solat tahajjud." Adam : "sejuk hati ana macamni, baiklah." tepat pukul 1.30 pagi itu mereka bersama-sama menunaikan solat sunat tersebut dan agenda adalah di bilik masing-masing. **************** perbualan mereka seharian penuh dengan perkataan-perkataan Islam, nasihat, pengajaran, hadis, dan kadang-kala memperingati antara satu sama lain sama ada melalui mesej atau call dan disertakan juga dengan reaksi alam maya seperti facebook, twitter, email and see more. sempat juga mereka berusrah di skype kadang kala, sambil membincangkan tentang 10 muwasafat tarbiyah : -luas pengetahuan -aqidah yang sejahtera -akhlak yang mantap -sangat menjaga masa -ibadah yang benar -tersusun dalam urusan -sihat tubuh badan -mampu berdikari -melawan hawa nafsu -bermanfaat pada orang lain di dalam kelas pula, mereka selalu berlumba-lumba untuk berjaya, dan ada masanya mereka memberi semangat untuk belajar dalam diri sesama mereka. tidak ketinggalan juga aktiviti yang mereka selalu lakukan, 'dedication'. dedication? apa tu? Tatkala ada organisasi-organisasi di universiti tersebut yang menyediakan perkhidmatan untuk menghantar hadiah-hadiah kepada seseorang, mereka tidak pernah terlepas untuk menawarkan diri sebagai customer tetap. hadiah yang mereka sering bertukar-tukar tangan adalah tasbih, yassin, al-mathurat, dan kadang-kala 'bunga' ? ehhh.... pada hari sabtu pula mereka selalu berjumpa di kawasan khayalak ramai seperti di tempat membeli-belah. dalam setiap perjalanan kaki mereka berdua dihiasi dengan zikir-zikir harian bermain dibibir. tatkala duduk menunggu pesanan sepinggan nasi goreng pataya dan nasi goreng USA disertai bersama-sama teh 'O' ais limau dan teh tarik kurang manis dihantar ke meja mereka di Restoran Macdanald kepunyaan mat jawa sejati en. abu ala-ala KFC itu, sebuku al-quran itu sering dibuka. masing-masing memperdengarkan bacaannya, dan kadang-kala tajuid diperbetulkan, taranum dilancarkan, makna diterjemahkan, hafazan diperdengarkan serta doa diaminkan. complete dah. tiba-tiba...... datang seorang muallaf cina (Ah Meng) yang belum sampai sebulan memeluk Islam kepada mereka. Ah Meng : "wah, u dua olang suami isteri manyak hebat mah, tunggu pesanan itu nasi goreng pun boleh sempat buka al-quran." Adam : "maaf saudara, kami bukan suami isteri, tapi kami islamik couple." Ah Meng : "islamik couple? apa tu?" (ternyata kehairanan.) Lia : "macam kami ni la, islamik couple." Ah Meng : "Wah! Saya teringat masa mula saya masuk Islam ternyata saya tak boleh meninggalkan makanan kegemaran saya iaitu daging khinzir, sehingga seminggu pertama saya masuk Islam saya jatuh sakit kerana tidak memakan daging khinzir. Selepas keluar dari hospital saya ke kedai dan membeli seekor anak khinzir yang baru lahir, saya azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kirinya serta setiap hari saya akan membersihkannya,menyamak agar suci dan memberi makanan2 yang halal sehinggalah dia berumur 2 tahun maka saya sembelihkan khinzir itu. Ketika ingin saya menyembelih khinzir itu dihalaman rumah saya secara kebetulan seorang ustaz lalu dan berkata Ah Meng apa yang kamu lakukan itu? Maka saya jawab ini ‘Islamic Khinzir’ ustaz kerana saya dah azan,samak,dan sembelihnya. Maka jawab ustaz itu tidak ada Islamic Khinzir dalam Islam yang haram tetap haram." seperti ada sesuatu yang menampar hati mereka berdua, malu akan apa yang dikatakan oleh muallaf itu. ******************* to be conclude, rasanya semua dah besar dan anda sendiri mampu buat konklusi sendiri. pesanan untuk diri sendiri dan orang lain. post kali ini tiada kena mengena untuk yang masih hidup atau telah meninggal dunia, segala nama manusia dan nama tempat tersebut adalah rekaan semata-mata, kalau ada yang terasa secara tidak semena-mena ana mintak maaf, mungkin Allah yang nak suruh anda baca. ana hanya perantaraan. =) =)nadia(= |