![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]()
#note: i don't know what happened to me right now.. =(
there's something wrong with me but i don't know what is it..
solution: cry and al-quran
=(
=)nadia(=
![]() ![]() ![]() Jemaah hari itu ramai, tidak seperti waktu-waktu solat yang lain.. tersengguk-sengguk amirul tatkala duduk dilantai masjid sedang khatib membaca khutbah.. hakim hairan.. memandang rakan yang berada disebelahnya itu,, pelik benar,, rasanya masa dibilik tiada pula tersengguk-sengguk semasa bermain dota.. FOKUS.. diperhatikan pula keadaan sekelilingnya.. dia mengerutkan dahinya,, sambil mengetap bibir.. ramai jemaah yang sedang kuhsyuk memandang lantai.. mungkin sedang menghayati,, tetapi kebanyakannya ramai yang meniru aksi tersengguk-sengguk amirul.. ""tak hairanlah kalau masjid ini menjadi tempat tidur sebab penyampaian khutbahnya lesu, tidak bertenaga."" desis hati hakim.. *************************************************************************** seperti biasa pada malam itu hakim menghadiri konferens riang,, menasihati antara ahli usrah serta membincangkan tajuk tertentu.. tiba-tiba.. "1 message received",, lalu dibukanya.. ""hakim,, aku tak dapat datang bulatan gembira malam ni,, ade assignment sikit,, cakap kat dyorang aku demam ok?""-amirul serba salah hakim dibuatnya.. usai membaca al-quran dan sedikit hadis,, syawal,, (naqib konferens sayang mereka) membuka tajuk,, meminta pendapat tentang isi khutbah yang mereka dengarkan tengahari tadi.. tentang ""protokol yahudi menghancurkan ummat"" kebanyakan mereka diam,, mungkin atas sebab tertidur dek hujan panas silih berganti di Pahang atau tidak hadir.. kemudian syawal mengulas semula tajuk itu sendiri kerana sedar yang mereka tidak ambil berat ! dimana tanggungjawab sebagai ummat Islam? selesai bulatan gembira itu mereka bersalam dan beredar.. itu sahaja.. sempat sebelum itu hakim menarik tangan syawal,, membawanya ke tepi sebelum memulakan perbualan.. hakim : syawal,, ni hah,, amirul tak datang malam ni sebab dia ade kerja sikit.. syawal : oh, takpe,, maybe penting la tu kot.. hakim : eh,, tadi tu sorilah,, kiteorang tak dapat jawab apa yang kau tanya.. aku tak alert tadi mase khatib bace khutbah.. lagipun tengah penat sikit tadi.. tapi kau ni aku tengok hebat je,, dah lah jadi kapten bulatan gembira tu,, score dean's list setiap sem,, syawal : haha,, mane ade,, Allah bagi peluang sikit je tu.. *************************************************************************** sila ambil perhatian.. waktu solat jumaat inilah peluang untuk para-para ikhwah berkumpul bersama-sama untuk berjemaah.. eh,, tidak kurang juga sebagai latihan bagi golongan lelaki yang liat ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.. setuju? Rasulullah saw bersabda, ""apabila datang hari jumaat,, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya.. apabila imam telah duduk (di atas mimbar),, para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah).. perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta,, kemudian seperti menyembelih seekor sapi,, kemudian seperti menyembelih seekor kambing,, kemudian seperti menyembelih seekor ayam,, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur"".. (HR Muslim) terkadang dek terlalu letih ke hulu ke hilir,, melaksanakan tugas kita sebagai seorang dai'e dan ustazah,, membawa bulatan gembira sana sini,, menguruskan konferens riang dan pelbagai lagi tanggungjawab tarbiyah dan dakwah yang lain sehingga kita lupa tanggungjawab asas kita sebagai hambaNya.. tilawah dan tadabbur entah ke mana.. qiamnya qiam gajah mandi.. maathuratnya bukan lagi maathurat saghir,, tapi sudah jadi maathurat pandir.. Eh.. sudah,, bagaimana mahu menyentuh hati?? bagaimana mahu membuka jiwa-jiwa yang tidur,, sedangkan kita sendiri tidak bangkit,, mendekatkan diri kita kepadaNya?.. kan?? ***************************************************************************** maaf2 jika tersalah bicara,, terkadang diri sendiri hanya pandai bercakap tetapi nak membuatnya tak sudah.. Tunduk T____T (nama amirul, hakim, syawal, adalah rekaan semata-mata,, diambil sempena nama abang sy sendiri,, bukan didirectkan kepada orang tertentu) =)nadia(= |