![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() imbau 14 tahun yang lalu.. ketika itu saya masih di dalam bilik darjah,, seorang demi seorang nama dipanggil untuk berhadapan dengan guru kelas.. dalam 10 minit kemudian,, nama dipanggil.. tika hati ini kaku dan mengikut sahaja apa yang disuruh insan yang bernama cikgu ini.. pen biru dikeluarkan,, kad profil pelajar berada diatas meja,, diantara saya dan dia.. cikgu: nadia, nadia kena pilih 3 cita-cita.. cikgu nak masukkan dalam kad profil awak ni.. nadia: erkk, saya tak tahu apa cita-cita saya,, tapi mama dengan ayah saya suruh saya jadi doktor.. cikgu: ok, lagi dua?? kaku,, tak tahu cita-cita apa yang nak dipilih.. kemudian,, pensyarah dan guru dipilih,, itu pun setelah menjenguk dan bertanya kawan-kawan sebelah.. ******************************************************************** tetapi kini,, lain yang diminta,, lain yang dapat.. tahun demi tahun berlalu,, benarlah orang kata,, masa itu mematangkan manusia.. sesuatu yang tak pernah terfikir dek akal,, kalau itu yang dirancangkan Tuhan,, siapa berani halang? 2 tahun akan habis,, dan dua tahun lagi bakal habis.. total 4 tahun.. in Sya Allah ^_^ ********************************************************************** begitu lama tidak update blog akibat sindrom-sindrom assignment yang menjengah dimuka pintu dan dalam pada masa yang sama idea untuk mengupdate pula tidak timbul-timbul.. mungkin tertanam bersama-sama timbusan assignment barangkali??.. =)nadia(= |