![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() post kali ini bukanlah bertujuan untuk saya bergwiyomi didepan anda. Eh? semasa di kelas bahasa arab baru-baru ini saya tertarik dengan tajuk pertama yang ustaz buka.. Gwiyomi?? ""kalau ada student saya yang upload video gwiyomi kat you-tube saya akan gagalkan dia"" Ehh, ustaz tahu juga sekarang ini malaysia sedang dilanda hujan lebat versi ribut taufan ala-ala di negara Jepun yang nama saintifiknya GWIYOMI ?? hahah,, wah,, hebat.. apa kata,, warga-warga asia sekalian,, kita tolak segala pengaruh cas minus ini,, bukannya menghalang,, tidak ada sesiapa marah jika anda melakukannya dibilik tanpa diupload,, dan sambil-sambil itu suruh roomate anda menjadi juri.. kalau tak berjaya,, sila cuba lagi.. (Eh,, kami di bilik ni selalu buat macam tu #jgnbayangkan ) dan apa yang penting,, kita ada urusan yang lebih perlu.. Allah tak meletakkan syarat manusia kena mahir gwiyomi sebelum masuk syurga.. kann?? dan selepas ini kawankawan/rakanrakan seperjuangan jauh/dekat serta kenal/tidak,, sila matikan niat jika mahu mengupload video anda di youtube.. kalau ada yang ingin mengupload video berjenis dan ala-ala dibawah ini mungkin lebih baik => =)nadia(= ![]() ![]() ![]() ""Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ""Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya? "" Nabi SAW menjawab, ""Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kukuh dia diuji sesuai itu (keras). seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan dimuka bumi bersih dari dosa-dosa.."" - (HR Bukhari) ""seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga.. ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya maka Allah menguji dan mencubanya agar dia mencapai darjat itu."" - (HR. Ath-Thabrani) dan dimana pula kedudukan kita?? #nanges ******************************************************************* sesudah solat subuh, duduk diatas kerusi lalu dibuka laptop yang berada dihadapan.. perlahan-lahan cursor dibawa ke simbol google chrome.. sejurus selepas itu, facebook dibuka.. alasan membukanya adalah untuk sekadar meninjau jika ada rakan2 yang mengepost 'kelas batal', 'assignment baru', dan lain2 lagi.. kemudian twitter pula.. tatkala ingin membuka laman web portal rasmi ump untuk post2 terbaru,, masuk beberapa chat daripada rakan-rakan difacebook.. tup tap tup tap Jam telah menunjukkan pukul 8.53 minit pagi.. assignment belum tersentuh.. janji dan angan-angan untuk menyiapkannya telah ditelan dek arus halilintar muka buku dan kicauan burung.. nada menyesal mula timbul sedikit.. sejurus itu terbit didalam hati ""nanti aku buat semua sebelum petang ni"" ,, ayat ini juga yang menjadi peneman ketika ingin memujuk diri supaya tidak menyesal.. #tunduk ini adalah kisah benar yang biasa berlaku dalam kalangan pelajar.. setiap pelajar pernah merasai getir untuk melawan nafsu berjenis seperti ini.. ************************************************************* teringat perbualan kami malam tadi (dalam perjalanan balik dari teluk chempedak ke ump pekan) kan seronok bila manusia ini adalah sesuatu yang boleh diadjust mode nya.. contohnya,, bila mahu beradu, kita tekan button beradu dan dipasang button alarm supaya manusia boleh bangun dengan sendiri.. bila mahu belajar,, ditekan button belajar,, lalu manusia dapat belajar dengan konsisten tanpa singgah ke muka buku mahupun kicauan burung.. button makan pula akan berfungsi untuk makan dalam masa yang ditetapkan dan dalam pada masa ada duit sahaja (maklumlah student),, jika duit tiada pada waktu itu dan apabila tidak makan dalam 2 minggu pun tidak mengapa.. dan pelbagai button lagi.. wahhh.. seronok hidup.. selepas ini mesti semua student akan mendapat 4.00 dalam exam,, oleh yang demikian,, akan ramailah mereka-mereka yang layak mendapat tajaan MARA dan JPA dan sebagainya.. ptptn pula dilucutkan.. kemudian,, akan berjuta-jutalah orang yang berjaya dalam hidup dan pekerjaan,, hospital pula telah dibubarkan kerana manusia tak lagi sakit,, kilang-kilang jam loceng akan menggulung tikar rapat-rapat dan sebagainya.. manusia pun semakin bertambahlah jumlahnya sehingga menjadi padat dan mampat.. negara akan menjadi semakin maju sehingga habis segala sumber-sumber alam di bumi ini.. dan diakhir-akhir waktu,, dapat diadjust mode baik dan taubat.. ramainya berpusu-pusu ke syurga.. THE END.. (kalau taknak tekan button THE END pun takpa) sekali lagi.. wahhh.. seronok hidup.. ***************************************************************** segala-galanya indah.. hurmmmm... balik ke agenda utama,, belajar itu satu keperluan.. hidup itu satu kemestian.. ujian itu suatu ketentuan.. dalam apa jenis ujian sekali pun yang anda rasa,, keep smile.. time to move on.. set kan minda-minda kita seperti button-button diatas.. konsistenkan hati.. buangkan mereka-mereka yang tidak penting. manusia membuat sesuatu pasti ada sebab musabab yang manusi lain tidak tahu.. jangan kerana disebabkan kita diuji dalam pelajaran kita sudah begini dan begitu sedangkan banyak lagi ujian yang menunggu dihadapan.. selamat belajar.. dan sempena hari minggu bulan tahun mengundi,, sila befikir diluar terowong dan bukannya didalam kepompong.. Terkena cili terasa pijau. Gosok pila dengan kain baldu. Jika bersih pilih hijau. nak baucer buku pilih biru.. undi anda rahsia.. pilihlah yang mengamalkan islam dan bahagia. peace. =)nadia(= |