![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() Alhamdulillah.. akhirnya,,terbit juga sinar dari hati ini untuk membuat blog yang terkandung dengan dakwah Islamiah untuk dikongsi bersama.. ini adalah hasil daripada idea kami (as - syabab al - islamie), setelah menyedari kita semua adalah milik ALLAH dan akan kembali kepadanya, walau sesibuk mane pun seseorang manusia itu, tugas sebagai hambaNya tidak boleh ditinggalkan.. saya disini bukanlah sebagai pembetah ataupun pendakwah yang sempurna dan bijak dalam mengemukakan hujah-hujah yang bernas kepada pembangkang..saya adalah remaja Islam yang normal seperti remaja lain dan blog saya ini diharapkan dapat menarik minat para pembaca khususnya dari kalangan remaja Islam.. saya mengharapkan agar dakwah sebegini dapat meningkatkan keimanan anda semua dan saya juga..semoga hasrat saya ini mendapat pertolongan daripada Ilahi.. akhirnya, keinginan saya untuk membuat blog Islamik ini tercapai jua..Alhamdulillah.. MANUSIA adalah makhlukNya... manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diberikan..pernahkah kita berdoa kepada Allah dan merasakan doa kita tidak pernah dimakbulkan, sebenarnya jika kita selidik sedalam mungkin, doa kita telah pun dimakbulkan dan ia cuma berbeza dari pelbagai sudut.. mungkin kita telah berdoa kepadaNya agar diberikan rezeki seperti rumah baru, kereta baru, tetapi tidak pernah dapat?..cuba kita perlihatkan dari sudut lain pula seperti lihatlah kesihatan keluarga kita..adakah mereka semua sihat walafiat?..jika ya,..Allah telah memakbulkan doa kamu dengan cara yang lain iaitu kesihatan keluarga..percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita.. |