![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() disini ana ingin berkongsi sunah Rasul SAW..j0m kte share.. ~ carA makAn Rasulullah SAW ?,.macam mane ek?. ~ =) ~ membaca basmalah~ membaca Basmalah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah..hikmah membace ini bagi sese0rang Muslim adalah selalu ingat bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat, rezeki & anugerah daripada Allah SWT.. ~cuci tangan~ Nabi Muhammad SAW juga jika hendak makan selalu mencuci tangan terlebih dahulu, sebagaimane yg dijelaskan dlm hadis yg diriwayatkn Nasa'i dari Aisyah r.a .. =) ~duduk tegak, tidak bersandar~ ramai yg x tahu kn?.. cara duduk yg disarankan ialah duduk tahiyat awal taapi lutut kanan dinaikkan ye..posisi duduknye ialah paha atau lutut kanan dinaikkan manakala kita dduk pada bahagian kaki kiri..posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjage keseimbangan komposisi ruang dalam perut kpde 3 bhgian, iaitu satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk udara dan satu pertiga lagi untuk untuk air..care dduk yg slh dapat menganggu pencernaan sebenarnye..huhu~ ~mkn gune tangan~ kajian ade membuktikan tau yg tangan atau jari kite ny terdapat enzim yg 10 kali gande lebih byk dari enzim yg ade dlm air liur..hu~ ~40 kali kunyahan~ kunyahan sebanyak 40 kali ny untuk membiarkan makanan tu betul2 lumat agar perut kita senang mempr0seskn makanan tu.. ~makAn bUah-buAhan~ hal ini sebagai upaya untk mengikuti ape yg dilakukan para penghuni syurga~..ser0noknyer bile dgr syurga..~ Ini kerana Allah SWT berfirman : "Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan." (al-Waqiah : 20-21) ~gune 3 jarI~ sebenarnyerkan makan dgn guna 3 jari ny,.bereti kite telah seimbang.sebagaimane dikatakan bahawa makan degan 5 jari menunjukkan kerakusan, & 1 atau 2 jari menunjukkan kesomb0ngan dan keangkuhan.. ~tutup makaNAn~ bagi melindungi ia daripada pencemaran..sebagaimana dinyatakan dlm hadiS Nabi SAW : "Tutuplah makanan dan minuman." (Riwayat al-Bukhari) ~tidAK tidUr seTeLah makaN~ Nabi menganjurkan sese0rang berjalan-jalan setelah makan malam..tetapi boleh juge digantikan dgn s0lat..hal ini dimaksudkan agar makanan msuk dlm perut dgn tepat sehinggalah boleh dicerna dgn baik.. ~tidAK toLak unDAnGaN~ tidak pernah menolak undangan makan, bahkan jika dihidangkan nilainyer sgt murah..Rasul tidak pernah menolak undangan makan selagi makanan yg dihidangkan itu halal, meskipun makanan itu sgt murah.. Beliau berkata : "jika kalian diundanguntuk menghadiri jamuan makan, maka hadirilah. Kalau suka makanlah, kalau tidak, tinggalkan." (Riwayat Abu Dawud) ~menJILat jaRi~ Rasulullah SAW sendiri menjilat jari-jemari baginda setelah makan.. ~berkUmUr sEbeLum & seSuDah mAkaN~ Rasulullah SAW juga menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu : "berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana didalamnya mengandungi lemak." (Riwayat Ibn Majah) maCam Mane?..simple kn?..tp,.ade x kite ik0t?..or kite rase malu praktikkannyer dalam dunia m0den ny?.. hu~ oleh itu,..same-samelah kite jadikan panduan ini sebagai 1 amalan utk dipraktikkan dalam kehidupan..seCare langsung kita menghidupkan sunah Rasulullah SAW.. ![]() ![]() ![]() Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini.. Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya? Maaf kaum lelaki, inilah hakikat.. Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat... Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu. Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan? Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar. Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni! ![]() Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain? Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni.. 01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi. Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan. Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah. Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah. Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni. 02.Bila yang nak jadi moderator 'umpat-umpat' tu kawan baik kita sendiri.. Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing? Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita. Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul. 03.Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan? Apa kata kalau tak dapat nak elak pun. Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa. Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah! 04.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu.. dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib. Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah. Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri. 05.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar. Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan? Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke. Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang. Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana.. Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu.. 06.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu.. Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT. Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia. Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat. Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat. Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan... 07.Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah. Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya. Banyak lagi tips yang ada.. tapi semuanya bergantung pada niat. Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan sodiqie sekalian...harap direnungkan bersama~sama2 menuju jalan ALLAH...ingat.."stay in unity and ISLAM will win.."insyaALLAH.. ![]() ![]() ![]() ![]() Fikiran itu sumber kekuasaan, Ambillah masa untuk membaca, Membaca itu asas kejayaan, Ambillah masa untuk bekerja, Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha. Ambillah masa untuk solat, Solat itu kuasa yang paling berkesan mencegah kemungkaran, Ambillah masa untuk bermain, Bermain menjadikan kita sentiasa cergas, Ambillah masa untuk bersedekah, Hidup kita terlalu singkat untuk kepentingan diri semata-mata. Ambillah masa untuk tersenyum, Senyuman itu penawar bagi jiwa, Ambillah masa untuk bersahabat, Inilah jalan ke arah kebahagiaan, Ambillah masa untuk berkasih-sayang, Inilah kurniaan Ilahi untuk hamba-hambaNya. ![]() ![]() ![]() Assalamualaikum ya sodiqie~ Pejam celik pejam celik alhamdulilLAH kita sekarang berada di akhir bulan JAMADILAKHIR~~tak sangka REJAB bakal menjelma~subhanalLAH...syukur sgt2 pada Pencipta Yang Maha Agung kerana dah memberi peluang kepada kita hidup selama ini..kadang2 kita x sedar besarnya pemberian ALLAH pada kita..tetapi pemberian manusia yg sekecil zarah kita sanjung2kan...bila pagi menjengah kita sibuk dgn tugasan harian bila malam menjelma kita rehatkan diri dari huru hara dunia..bila saatnya kita bersyukur..sujud kepada RABBul IZZAH??bila kita ingin sibukkan diri kita dengan tugasan yang diberi ALLAH...dituntut ISLAM..disunnahkan RASUL s.a.w???fikir2kan...insyaALLAH..ana akan cuba berkongsi amalan2 di bulan REJAB pada masa akan datang~bersamalah menegakkan dakwah ISLAM demi memartabatkan ummah~(segala patah kalimah bukan ditujukan kepada sodiqie semata..tetapi buat renungan ana sendiri..) Salam ukhuwah buat semua... BarakalLAHuALAINA~ ![]() ![]() ![]() Alhamdulillah.. akhirnya,,terbit juga sinar dari hati ini untuk membuat blog yang terkandung dengan dakwah Islamiah untuk dikongsi bersama.. ini adalah hasil daripada idea kami (as - syabab al - islamie), setelah menyedari kita semua adalah milik ALLAH dan akan kembali kepadanya, walau sesibuk mane pun seseorang manusia itu, tugas sebagai hambaNya tidak boleh ditinggalkan.. saya disini bukanlah sebagai pembetah ataupun pendakwah yang sempurna dan bijak dalam mengemukakan hujah-hujah yang bernas kepada pembangkang..saya adalah remaja Islam yang normal seperti remaja lain dan blog saya ini diharapkan dapat menarik minat para pembaca khususnya dari kalangan remaja Islam.. saya mengharapkan agar dakwah sebegini dapat meningkatkan keimanan anda semua dan saya juga..semoga hasrat saya ini mendapat pertolongan daripada Ilahi.. akhirnya, keinginan saya untuk membuat blog Islamik ini tercapai jua..Alhamdulillah.. MANUSIA adalah makhlukNya... manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diberikan..pernahkah kita berdoa kepada Allah dan merasakan doa kita tidak pernah dimakbulkan, sebenarnya jika kita selidik sedalam mungkin, doa kita telah pun dimakbulkan dan ia cuma berbeza dari pelbagai sudut.. mungkin kita telah berdoa kepadaNya agar diberikan rezeki seperti rumah baru, kereta baru, tetapi tidak pernah dapat?..cuba kita perlihatkan dari sudut lain pula seperti lihatlah kesihatan keluarga kita..adakah mereka semua sihat walafiat?..jika ya,..Allah telah memakbulkan doa kamu dengan cara yang lain iaitu kesihatan keluarga..percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita.. |